..wElcoMe to bLog ND..

LOVE me or HATE me,itz gonna be me

Dec 18, 2011

13 ciri-ciri manusia bajet HOTSETAP & MURAH..

1. Berambut perang..tak pong rambut kaler merah HIGHLIGHT sikit-sikit budget Avril Lavigne..

2. Kau PINTAL-PINTAL rambut kat public dengan LIDAH terjelir-jelir..Dah kenapa kau nak jadi PORNSTAR eh..?
3. Snap gambar dari atas, buat DUCK FACE then kau UPLOAD kat Facebook..kalau 1 album nama kau, dalam tu semua muka itik kau. Muka penuh depan kamera..semuat-muat frame..PALING COMEL kau lar
4. Kau RASA COMEL bila kau type message ‘ewww..jum lepak..busyan lorh…umah tadew orang..pakwe gie maen futsal pulark..busyan busyan! T__T’ macam **** kau tahu tak..ANNOYING plak kang..
5. Kau pakai baju NAMPAK LURAH CHEST,kau pegi jalan-jalan kat bandar..kau BANGGA bila abang misai pandang pastu tulis kat facebook ‘nyampah nyew adew abang misai usya-usya kitew..tark syukew tark syukew larh’,hek eleh saja cari PUBLISITI MURAHAN..
6. Kau pakai tudung TAPI kau pakai jeans yang abang misai dari jauh boleh nampak SHAPE BONTOT kau yang jatuh tu..lagi-lagi kalau lepas duduk, terselit ‘celapong’ (celah ponggong a.k.a pungkoq),buat malu kaum jer doh..
7. Macam apa jer bila kau POST kat facebook yang kau tengah tension, tengah sakit perut, tengah happy..wahai kawanku yang HOT..asal time berak kau tak tulis sekali ‘kitew tengah berak..syuke syuke ^__^’,mesti 'peminat' korang nak tahu jugak,haha..
8. Sikit-sikit kau ngadu kat member-member kau yang kau ADA STALKER KONONNYA kat kelas, kat office..konon kau tak tahu nak buat ape..ape doh perangai kau,nak orang kesian kan kau,tak malu ker..?
9. Kau BISIK-BISIK ngan member kau yang duduk semeja..PADAHAL dekat meja tu tengah lepak 4 5 orang
10. Bila kau lepak ngan member yang HOTSETAP kau tuh, hensem-hensem, cantik-cantik..kau tak pulak nak tegur member kau yang PAKAI TUDUNG serabai plus muka berminyak ‘she’s not my friends..please lah’..TAK PATUT buat kawan orang macam kau ni tahu tak..!
11. Pakai tudung, baju kurung, alahai comelnya kau..dalam wayang, dalam kereta, huih….bukan main sandar-sandar, peluk-peluk, ramas-ramas..baik tak payah pakai tu semua..selalu nampak kat highway
12. Lepak ngan sekutu gediks kau ketawa kuat kuat, buat onar..masing masing dressed up fancy nak habislah. Sekali awek pakai tudung litup melintas kalian pakat usya atas bawah atas bawah ramai2. pandangan jijik like ‘eww she dont have style..yucks’ MEMANG GOOD-GOOD lah kau kang..
13. Pakai baju SIKIT LAGI nak 6pak puting..lengan himpit chest bagi terkepit..KONON nak bagi nampak lurah lebih menonjol pastuh snap gambar dari atas SUPAYA nampak yg dalam baju tu… buat pulak muka bersyahwat sambil lidah terkeluar.. what the hell..saje menambah bilangan orang laki masuk neraka jahanam..

**oh come on guys ESPECIALLY girl,please lar jangan nak rendah kang martabat and maruah korang sebagai perempuan..dpt apa dengan buat sume tuh,free-free tempah tiket ker neraka jahanam tuh..ingatlah,dunia sekarang dh tua lagi goyah,bila-bila masa ajer kiamat..amalan apa korang nk bawak nanti jumpa-NYA..?sekadar mengingat kang sesama perempuan dan muslim,renung-renung kang lar,sama-samalar kita selamat beramal..:D

May 18, 2011

inilah PEREMPUAN..!

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Apr 23, 2011

10 seBab npEw guRLz tAk suKA boyZ

1. dah ada awek kau nak pegang2..elok2 awek kau pakai tudung kau sibuk nak tengok rambut dia..konon special untuk kau seorang..bila awek kau tak nak kasI semua tu, kau cakap bye2.. wah, KAU LELAKI GATAL.

2. bila keluar dengan awek, kau sanggup jemput hantar awek kau. berhabis duit kasi hadiah kat awek bila awek merajuk pun tak pe..konon kau penyabar.. tapi bila mak kau suruh pergi kedai beli bawang, macam2 alasan kau kasi. pastu siap minta duit lagi kat mak. wei, KAU LELAKI TAK BOLEH HARAP.

3. kalau ada awek cun beratur belakang kau masa nak cucuk duit kat atm, dengan segala hormat kau kasi dia beratur depan kau..konon kaulah lelaki paling gentleman..tapi, bila ada mak cik pregnant berdiri depan kau dalam monorail, kau buat bodoh je. siap pura-pura tidur sebab xmau bersesak-sesak berdiri.. sah, KAU LELAKI TAK BERTIMBANG RASA.

4. tiap kali lepas makan, kau hisap rokok sebatang dua..nampak je ade awek cun, makin semangat kau..kau rasa hisap rokok tu sangat cool..alahai, sebenarnya ramai perempuan dah 'reject' kau sebab diorang tanak cepat jadi janda. KAU LELAKI YANG TAK PEKA.

5. bila kau bawak kereta, ada je awek baik dengan kau, kau tuduh perempuan tu gila harta..padahal perempuan tu tau ko punya kereta tu duit bapak kau..bukan harta kau tapi harta bapak kau.aduh, KAU LELAKI PERASAN.

6. bila kau dengan kawan-kawan kau, kau suka gelak kuat-kuat. mencarut pun kuat2.. semua f**k, s**t, macam2 lagi smua kau nak sebut. kau rasa kau sempoi bila mencarut. tapi perempuan pandang KAU LELAKI TAK BERADAB.

7. pergi tengok bola, tengok konsert, berapa mahal harga tiket pun kau sanggup..konon untuk kepuasan diri.. tapi pergi masjid hari Jumaat seminggu sekali, masuk pun free, kau liat..bab agama kau aci mengelat. herm... KAU LELAKI TAK BOLEH BUAT SUAMI.

8. kau suka kutuk2 n gelak2 kat gambar perempuan2 kat fb..kau kata konon bajet cun..abih yg kau amik gambar jelir2 lidah yang konon rock sangat tuh, kau rasa cool? haishh...KAU LELAKI YANG TAK CERMIN DIRI..

9. time awek kau merajuk, berbakul-bakul kau kutuk. konon modal perempuan merajuk n air mata.. tapi bila kau mogok tak nak cakap dengan awek kau sebab sakit hati, tu kes apa plak.. wei, KAU LELAKI EGO.

10. kau hisap rokok kau rasa kau handsome. lepas tu puntung rokok kau buang merata-rata.. kadang2 bila kau rasa nak meludah, dekat mana-mana pun kau tak ambil peduli. alahai, KAU LELAKI PENGOTOR.

p/s: ni untuk suka2..tak semua lelaki macam ni..n bkn semua lelaki ada semua ciri2 ni..dalam dunia ni ramai lagi lelaki yang baik2..huhuhuhu

Apr 19, 2011

zip mULut..!!

zip mulut lebeyh baek dr byk b'kata2..
byk b'kata2 maybe akn uat owg mudah benci..
so zip mulut lebeyh baek..
menyendiri,uat hal sendiri jewlarh....:D